Lelaki Marathon Dalam Rumah Untuk Lawan Virus di China

Haji Yusuf

Haji Yusuf

Panggil saya Haji. Saya bercita-cita menjadi Pencetus Ummah. Semoga tercapai cita-cita saya ini.
Share on facebook
Share on twitter

Seorang pelari tegar telah berlari sejauh ultra marathon, kira-kira 43km, dalam rumahnya yang kecil dalam usaha untuk kekal sihat walaupun tidak dapat keluar rumah.

Virus Covid-19 melumpuhkan China di mana sebanyak 1500 nyawa telah terkorban dan meletakkan dunia dalam keadaan berjaga-jaga.

Sebelum ini kerajaan China telah mengumumkan perintah berkurung kepada rakyatnya, terutamanya di Wilayah Hubei, dan selepas arahan ini telah tamat, kerajaan China menggalakkan supaya rakyatnya melawan virus tersebut melalui gaya hidup yang sihat.

Ini menjadikan hidup orang Cina serba salah. Gaya hidup sihat selalunya keluar bersenam, tetapi kalau bersenam di luar nanti senang kena virus.

Jawapannya? Bersenam di dalam rumah.

Andai aktiviti ini adalah satu acara sukan, maka lelaki bernama Pan Shancu ini layak untuk menerima pingat emas selepas dia berlari dalam rumahnya dengan jumlah jarak 66km dalam masa 6 jam 41 minit.

Mesti ada orang cakap dia tipu kan? Netizen, kan?

Tetapi Shancu bijak. Dia telah menggunakan pengesan data sekaligus membuktikan bahawa dia benar-benar melakukannya.

Lagi pula, lelaki berusia 44 tahun itu telah merakam video aksinya berlari mengelilingi perabot di dalam rumahnya.

“Mula-mula aku rasa pening juga, tapi jadi biasa lepas pusing banyak kali,” kata Shancu kepada AFP melalui panggilan telefon dari Hangzhou, berhampiran dengan Shanghai.

“Berlari ini ibarat satu ketagihan, Kalau kau tak lari dalam tempoh yang lama, kaki kau rasa gatal.:

Sebenarnya bukan itu sahaja, Shancu juga pernah berlari setempat dalam bilik air, menyamai sejauh 30km jaraknya dan paling power, dia telah menstrimkan aktivitinya itu di internet, dengan niat untuk menggalakkan mereka yang terpaksa berkurung supaya turut aktif.

“Aku ada dalam grup borak yang mana ramai tanya apa yang kita nak buat lepas epidemik ni.

“Sesetengah orang kabo yang mereka nak buat makan besar. Aku pula cakap aku nak lari 100km di luar,” ujar tukang urut ini.

Sejak tempoh berkurung tersebut, ramai orang telah berkongsi teknik untuk kekal sihat di dalam rumah.

Antaranya melalui senaman asas seperti tekan tubi, bangun tubi, lompat tali kecapi dan banyak lagi.

Malah seorang rakyat Britain yang terkandas di negara tersebut telah bersenam dengan berlari turun naik di tangga kecemasan apartmen rumahnya sebanyak tiga kali sehari untuk kekal sihat.

“Dari satu segi, bagus juga(arahan berkurung),” kata Gardner yang tinggal keseorangan selepas keluarganya meninggalkan China untuk sementara waktu.

“Aku tak boleh pergi minum arak dan aku dah hilang hampir sekilo.

“Memang tak ada tempat nak pergi makan, tiada tempat nak dituju dan aku makan ala kadar je sebab tak boleh beli benda yang aku nak,” katanya panjang lebar.

Sumber berita: TJP

BERKAITAN:   18 Juta Sarung Tangan Perubatan Akan Dihantar ke Wuhan Dari Malaysia
Share on facebook
Share on twitter

PENAFIAN:
Mulakan.com tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.