Lelaki Mati Akibat Prank

Haji Yusuf

Haji Yusuf

Panggil saya Haji. Saya bercita-cita menjadi Pencetus Ummah. Semoga tercapai cita-cita saya ini.
Share on facebook
Share on twitter

Seorang lelaki telah disahkan meninggal dunia pada hari Khamis akibat perbuatan prank bersama rakan-rakannya di bandar Baldia, Pakistan, menurut laporan thenews.com

Lelaki tersebut, Noor Sher bin Azam Khan, 47 tahun, telah dikejarkan ke Hospital Abbasi Shaheed selepas rancangan prank yang mengarut menyebabkannya cedera parah. Walaubagaimanapun, Noor Sher disahkan meninggal dunia sejurus tiba di hospital.

Sepasukan polis bergegas ke tempat kejadian dan mula menyiasat. Mereka mendapati kematian lelaki tersebut adalah tanpa niat. Menurut polis, rakan Noor Sher di kedai memasukkan muncung paip kompressor angin ke mulut mangsa. Selepas beberapa ketika, tekanan di dalam badannya menjadi semakin tinggi menyebabkannya hilang kesedaran.

Agak menyedihkan, apabila Noor Sher tidak sedarkan diri, rakan-rakannya lari ketakutan. Walaupun polis mengklasifikasikan kes ini sebagai mati mengejut, mereka masih memburu suspek untuk mengambil keterangan.

BERKAITAN:   Seorang Lelaki Ditahan Kerana Disyaki Merogol Warga Emas
Share on facebook
Share on twitter

PENAFIAN:
Mulakan.com tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.