Lelaki Sengaja Ditangkap Polis Untuk Mengelak Perkahwinan Dengan Teman Wanita

Haji Yusuf

Haji Yusuf

Panggil saya Haji. Saya bercita-cita menjadi Pencetus Ummah. Semoga tercapai cita-cita saya ini.
Share on facebook
Share on twitter

Bila cerita bab kahwin ni, pelbagai cerita dan pendapat daripada orang berbeza akan kita terima. Ada yang gatal nak kahwin walaupun belum ada teman, dan sebaliknya orang yang sudah mempunyai teman bertahun masih enggan kahwin atas alasan belum bersedia, dan inilah yang terjadi di China.

Seorang lelaki telah merompak sebuah studio, dan membiarkan dirinya ditangkap polis – semata-mata untuk mengelakka dirinya daripada berkahwin dengan teman wanitanya. Pelik kan?

Menurut LAD Bible, seorang lelaki yang dikenali dengan nama Encik Chen telah mencuri sebuah pembesr suara dari sebuah studio tarian di Huashan Road sebelum ditahan polis pada hari yang sama.

Selepas ditangkap, Chen memberitahu pihak berkuasa di Xinhua,” Makwe saya nak kahwin dengan saya, tapi saya taknak.”

“Saya tahu saya akan ditangkap(sebab mencuri). Saya sebenarnya nak lari(daripada polis) tapi saya sebenarnya tengah marah (dengan makwe).

“Makwe saya gatal nak kahwin, tapi saya taknak. Saya tahu polis akan jumpa saya, tapi tak sangka pula secepat ini.”

Chen mengaku mengambil pembesar suara yang dia tahu berharga sekitar RM1000 kerana tidak mahu mendatangkan kerugian yang banyak kepada tuan studio tarian.

Chen bersama polis. Gambar: LAD Bible

Tidak dapat dipastikan apa tindakan pihak berkuasa terhadap Chen kerana jenayah ini dikategorikan sebagai jenayah kecil sahaja.

Juga tidak dapat dipastikan apakah nasib Chen sekarang ini. Adakah sudah naik pelamin bersama teman wanita atau sudah ditinggalkan dan digelar men are trash?

Persoalannya – kenapa tak minta putus je dengan teman tu?

BERKAITAN:   Remaja Berwajah Nenek Akhirnya 'Dapat Wajah Baru'
Share on facebook
Share on twitter

PENAFIAN:
Mulakan.com tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.