Lelaki Tertua Dunia Meninggal Pada Usia 112 Tahun

Haji Yusuf

Haji Yusuf

Panggil saya Haji. Saya bercita-cita menjadi Pencetus Ummah. Semoga tercapai cita-cita saya ini.
Share on facebook
Share on twitter

Lelaki tertua dunia, Chitetsu Watanabe, dilaporkan telah meninggal dunia di Jepun pada usia 112 tahun pada 23 Februari lalu, menurut satu kenyataan daripada kerajaan setempat Niigata.

Watanabe yang tinggal di rumah orang tua di Niigata dilahirkan pada 5 Mac 1907. Dia telah disahkan sebagai lelaki paling tua yang hidup pada 12 Februari pada tahun ini.

Menurut Guiness World Record, Watanabe lahir di Niigata dan berpindah ke Taiwan untuk bekerja di ladang tebu. Dia kemudiannya pulang ke Jepun dan bekerja di pejabat pertanian Niigata sehingga bersara.

Kematiannya menyaksikan Watanabe terlepas takhta lelaki paling tua sepanjang zaman, yang dipegang oleh seorang lagi lelaki Jepun, Jiroemon Kimura yang dilahirkan pada 19 April 1897 dan meninggal pada usia 116 tahun 54 hari pada bulan Jun 2013.

Berita: CNN

Share on facebook
Share on twitter

PENAFIAN:
Mulakan.com tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.