London Akan Anjurkan Festival LGBTQ+ Edisi Muslim

Haji Yusuf

Haji Yusuf

Panggil saya Haji. Saya bercita-cita menjadi Pencetus Ummah. Semoga tercapai cita-cita saya ini.
Share on facebook
Share on twitter

London bakal menjadi tuan rumah acara yang akan diadakan buat pertama kalinya, Festival LGBTQ+ Muslim pada bulan April nanti.

Kumpulan LGBTQ+ yang bergelar Imaan ini telah memulakan jualan tiket untuk acara yang dinamakan “Imaanfest: Muslim Pride”, atau dalam Bahasa Malaysianya Festival Imaan: Kebanggaan Muslim, menurut laman Pink News.

Acara ini juga diadakan sempena ulangtahun ke-20 penubuhan kumpulan ini, bakal diadakan pada 11 April 2020 di timur London.

Tujuan utama acara ini diadakan adalah untuk memberi ruang dan peluang kepada golongan LGBTQ+ dari kalangan umat Islam yang katanya tidak mempunyai suara dalam masyarakat.

Antara watak utama yang akan hadir ke acara ini adalah Amrou Al-Kadhi, seorang penulis British yang berasal dari Iraq, Blair Imani – aktivis biseksual dan juga Asifa Lahore yang dikenali sebagai tokoh pondan.

Secara statistiknya, seramai 3.4 juta umat Islam tinggal di Britain pada tahun 2018, agak sedikit berbanding 66.4 juta populasi secara keseluruhannya.

Daripada jumlah tersebut, keturunan Pakistan merupakan Muslim yang paling ramai.

Blair Imani – antara tokoh LGBTQ+ yang akan hadir. Gambar: Wikipedia

Tiket acara tersebut merangkumi acara sesi perkongsian, latihan dalam kumpulan, permainan burung hantu, program filem makan tengah hari dan hiburan.

“Aku belajar Quran dengan penuh hati-hati sebelum aku mengaku dan aku tahu apa yang ia cakap mengenai homoseksual,” kata Blair Imani kepada Guardian.

“Tetapi aku beritahu kepada pak ustaz yang aku nak kahwin sejenis dengan pasangan aku, bukan terlibat dalam aktiviti seks liar dan hidup tak bermoral dan pada hari pembalasan nanti aku nak cakap kat Allah yang aku mempunyai hidup di mana aku jujur dan tidak menipu diri,” tambahnya lagi.

 

Share on facebook
Share on twitter

PENAFIAN:
Mulakan.com tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.