Nike Hasilkan Baju Renang Untuk Muslimah

Haji Yusuf

Haji Yusuf

Panggil saya Haji. Saya bercita-cita menjadi Pencetus Ummah. Semoga tercapai cita-cita saya ini.
Share on facebook
Share on twitter

Sukan renang merupakan salah satu cabang kehidupan yang sihat namun bagi sesetengah individu terutamanya golongan muslimah, sukan renang agak sukar untuk dilakukan kerana pilihan pemakaian yang terhad.

Walaubagaimanapun dengan perkembangan teknologi sukan dan kesedaran tentang hak bersukan untuk semua, beberapa syarikat telah mengeluarkan jaringan produk khusus untuk wanita muslimah – termasuk gergasi sukan dunia, Nike.

Baru-baru ini, Nike telah melancarkan baju renang yang sesuai buat para muslimah – Koleksi Nike Victory Swim.

Koleksi ini terdiri daripada Nike Victory Full-Coverage Swimsuit (bertutup sepenuhnya) dan juga pilihan berasingan seperti hijab renang, Nike Victory Swim Tunic(baju renang labuh dan longgar) serta legging – menjadikan rekaan ini menggabungkan idea prestasi dan kesopanan kepada pemakai.

Baju Renang Muslimah Nike

Dari segi material, baju renang ini dibuat daripada fabrik yang kenyal, ringan, cepat kering dan memberi ruang untuk kulit bernafas. Fabrik keluaran Nike ini juga mempunyai rating UPF40+, khusus buat mereka yang mahukan perlindungan daripada sinaran UV.

Memudahkan para wanita lagi, Nike Victory Full-Coverage dan Swim Tunic Top ini disertakan dengan bra sukan yang mempunyi cup berlubang. Seperti baju, legging renang juga dihasilkan dengan material yang sama sekaligus membantu memberikan kelajuan tanpa halangan yang tinggi.

Lebih menarik, hijab renang Nike didatangkan dengan poket berjaring – khusus untuk memegang rambut di belakang ketika bergerak di dalam air. Ciri-ciri ini ternyata memberikan rasa keterujaan bagi mereka yang telah mencuba dan menilai koleksi ini.

“Saya berasa sangat ringan dan yakin bila pakai ni. Ia tak membebankan pemakai, malah ia membantu saya berenang dengan lebih baik.

“Pakaian ini sangat berbeza dengan pakaian renang lain, dan saya tahu saya boleh pakainya dengan penuh yakin,” kata Zahra Lahri – peluncur ais UAE yang suka berenang di masa lapang.

Model muslimah dari United Kingdom, Ikram Abdi Omar dari Bristol, turut menyukai produk terbaru Nike ini.

“Bra sukan yang tersedia ada sangatlah memudahkan. Saya hanya perlu sarung baju renang ini dan terus terjun ke kolam!” ujarnya.

Nike Swim muslimah
Koleksi Nike ketika proses lakaran. (Gambar : Nike)

Bagi Nike, ini adalah satu kejayaan mereka dalam menggalakkan lagi para wanita untuk bersukan tanpa segan.

“Lebih banyak kami dengar, lebih banyak peluang kepada kami untuk bersama para atlet wanita dalam dimensi baru,” ujar Martha Moore – Pengarah Pusat Kreatif Nike.

“Kami terus meluaskan lagi visi untuk inovasi, kami sangat teruja untuk menggalakkan para wanita untuk menceburkan diri dalam sukan melalui berfikir secara kreatif, dan melakar dengan lebih bersepadu.

“Bagi kami, Nike Victory Swim Collection menunjukkan kuasa inovasi kami untuk menyeru semua wanita untuk merasai seronoknya bersukan,” tambahnya lagi.

Kesemua produk renang muslimah Nike ini akan mula dijual di laman sesawang produk tersebut bermula 1 Februari nanti.

Share on facebook
Share on twitter

PENAFIAN:
Mulakan.com tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.