Nyamuk Gergasi Ditemui di Argentina

Haji Yusuf

Haji Yusuf

Panggil saya Haji. Saya bercita-cita menjadi Pencetus Ummah. Semoga tercapai cita-cita saya ini.
Share on facebook
Share on twitter

Gambar seekor nyamuk gergasi telah dirakam di Argentina dan orang ramai membandingkan serangga tersebut dengan sesuatu daripada filem Jumanji!

Serangga besar itu dilaporkan ditemui di bandar Cordoba, tengah Argentina.

Seorang pengguna media sosial, Ezequiel Lobo telah memuat naik sekeping gabar pada minggu lalu, dan membandingkannya dengan nyamuk bersaiz biasa.

Kata Lobo,”Tengok lah saiz nyamuk yang masuk ke rumah aku ikut tingkap ni.

“Dia masuk macam boss, mak aku panik lalu dia sembur Raid(jenama sama dengan Ridsect kot).

“Aku tak pernah jumpa menatang yang sama dengan ni dalam talian. Sama ada ini adalah akibat Chernobyl, atau aku tengah duk dalam Jumanji.”

Lobo turut meminta pendapat tentang apa yang dikongsnya di laman media sosial, tapi seperti biasa lah bila kau tanya di online ni kau akan dapat jawapan yang entah apa-apa.

Tapi dalam ramai-ramai, ada seorang kawan atas talian Lobo yang bagi jawapan membantu.

“Yang kecil itu adalah Aedes aegypti dan ia boleh sebarkan demam denggi, demam kuning, zika.

“Yang besar tu pula adalah Psorophora ciliata, tak ada sebarkan penyakit seperti yang aku sebut tadi.”

perbandingan Psophora ciliata dengan tangan manusia. Gamabr: Twitter.

Menurut pakar serangga, Michael H. Reiskind Psophora ciliata yang berasal dari timur Amerika Syarikat, selalunya akan timbul selepas banjir.

Tambahnya lagi, gigitannya akan menyebabkan kesakitan yang amat, tetapi selalunya ia tidak akan menyebabkan penyakit, sebaliknya akan memberi kesan kepada mereka yang ada alergi.

Kalau kau jumpa nyamuk cenggini, apa kau buat?

BERKAITAN:   10 Sebab Mengapa Anda Mengalami Masalah Susah Tidur
Share on facebook
Share on twitter

PENAFIAN:
Mulakan.com tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.