Pelakon Kacak, Aeril Zafrel Menyukarkan Lelaki Lain Berumahtangga?

Haji Yusuf

Haji Yusuf

Panggil saya Haji. Saya bercita-cita menjadi Pencetus Ummah. Semoga tercapai cita-cita saya ini.
Share on facebook
Share on twitter

Siapa yang tidak kenal dengan pelakon kacak, Aeril Zafrel, suami kepada Wawa Zainal yang juga merupakan seorang pelakon.

Selain hebat berlakon, Aeril juga cukup aktif dalam bidang perniagaan dan ini cukup menjadikan Aeril sebagai suami idaman mana-mana wanita (atau lelaki?).  Mana tidaknya, selain bijak mencari rezeki, dia juga seringkali memuatnaik video atau momen manis bersama isteri tersayang.

Ini menyebabkan ramai wanita meng’tag‘ pasangan masing-masing, meminta layanan manis seperti itu juga lantas menaikkan lagi standard dan piawai lelaki idaman di kaca mata wanita, sekaligus menyukarkan para lelaki biasa untuk menjadi lelaki sempurna buat pasangan masing-masing.

Terbaru, Aeril semakin lama dilihat semakin melampau di mana dia mula menyerlahkan sisi kelakar pula! Contohnya dalam ciapan di bawah, yang telah mengundang 548 reply, 55,000 suka dan hampir 58,000 ulang ciap!

Bagi sesetengah individu, ciapan tersebut biasa sahaja namun apabila dibaca dengan lebih mendalam, sebenarnya ia mempunyai nilai komedi yang tinggi dan mampu menerbitkan senyuman di wajah wanita!

Isunya di sini, Aeril sekali lagi menaikkan standard dan piawai ciri-ciri lelaki idaman. Sudahlah kacak, berjaya, pandai berjenaka pula!

Berikut adalah antara luahan hati para lelaki yang agak gusar dengan situasi semasa dan masa depan masing-masing.

Ya, sepatutnya Aeril sekadar letakkan gambar tanpa sebarang kapsyen kelakar.

Tiada yang lebih benar daripada ciapan Uncle Didie ini.

Antara bukti harapan lelaki berwajah biasa untuk berkeluarga semakin tipis.

Jawapan daripada @AinaAfqh_ juga memberikan tanda yang kurang enak.

Bibit-bibit cemburu atau keresahan memikirkan masa depan daripada @aslamyahya3 ini?

Kenyataan yang tepat dan sokongan daripada kaum hawa oleh Teh Safura.

Jadi, apa kata para lelaki berwajah biasa dan tak kacak sekalian? Ada harapan kah untuk kita semua menemui cinta hati?

Nota kaki : Hidup jangan serius sangat. *wink*

 

Share on facebook
Share on twitter

PENAFIAN:
Mulakan.com tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.