Pemindahan Jantung Babi ke Manusia Tidak Lama Lagi

Haji Yusuf

Haji Yusuf

Panggil saya Haji. Saya bercita-cita menjadi Pencetus Ummah. Semoga tercapai cita-cita saya ini.
Share on facebook
Share on twitter

Jantung babi berkemungkinan besar akan mampu dipindahkan kepada manusia dalam tempoh tiga tahun lagi, menurut satu laporan Independent UK.

Menurut doktor pertama yang berjaya melakukan transplan jantung manusia, Sir Terence English, berkata bahawa anak didiknya yang terlibat dalam pembedahan bersejarah tersebut 40 tahun lalu akan cuba menggantikan buah pinggang manusia dengan buah pinggang babi.

doktor pindah jantung
Sir Terrence English – doktor pertama yang berjaya melakukan pemindahan jantung. Gambar : YouTube

“Kalau keputusan xenotranplantaion(pemindahan tisu atau organ di antara spesis berlainan) berjaya antara buah pinggang babi dan mansia, maka kemungkinan besar jantung pun akan beri kesan yang bagus dalam masa beberapa tahun lagi,”kata doktor yang kini berusia 87 tahun tersebut dalam satu majlis peringatan 40 tahun kejayaan pertamanya.

“Kalau buah pinggang boleh, maka jantung mesti boleh. Masalah ini akan berubah,” tambahnya lagi.

Sebenarnya, anatomi atau struktur jantung babi dan manusia ada banyak persamaan. Malah ramai juga manusia yang berhatikan babi, hidup sihat di muka bumi ini.

Dalam pada itu, harapan untuk rawatan bagi penyakit jantung dilihat mempunyai masa depan yang cerah.

Pada bulan Mei lalu, sekumpulan pengkaji penyakit ini telah menemui secebi sbahan genetik yang dipanggil microRNA-199, jika disuntik ke jantung akan menyebabkan penghasilan semula sel jantung baru, menggantikan sel yang telah rosak.

Serangan jantung berlaku apabila berlaku halangan di saluran darah di jantung yang dipanggil coronary artery merupakan punca utama masalah jantung.

Apabila seorang pesakit itu sembuh daripada serangan jantung, kerosakan yang kekal telah berlaku di organ penting badan manusia tersebut.

“Rawatan yang membantu untuk membaiki jantung secara semulajadi merupakan satu impian bagi semua pakar jantung,” kata pengerusi Yayasan Jantung Britih, Ajah Shah.

“Kajian ini mendapati bahawa buat kali pertama harapan ini mungkin akan menjadi nyata dan bukan lagi mimpi,” tambahnya lagi.

Diterbitkan dalam jurnal Nature, saintis telah memasukkan microRNA-199 ke dalam babi yang mengalami masalah jantung. Selepas sebulan, jantung sebahagian babi yang diuji tersebut telah hampir pulih sepenuhnya.

 

Walaubagaimanapun, belum tiba masanya lagi untuk menggunakan microRNA-199 ini buat manusia kerana kebanyakan babi yang diuji dengan bahan genetik tersebut sebenarnya telah mati kerana penghasilan sel baru tidak dapat dikawal.

BERKAITAN:   Duit Kertas Malaysia Tiada Lemak Babi- Timbalan Menteri Kewangan
Share on facebook
Share on twitter

PENAFIAN:
Mulakan.com tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.