Penduduk Sebuah Kampung di Sabah Tidak Benarkan Jenazah Seorang Bayi Dikebumikan Kerana Ayah Tidak Cukup Duit

Haji Yusuf

Haji Yusuf

Panggil saya Haji. Saya bercita-cita menjadi Pencetus Ummah. Semoga tercapai cita-cita saya ini.
Share on facebook
Share on twitter

Kehilangan insan tersayang amatlah sedih dan ditangisi, terutamanya bagi ibu bapa kematian anak yang baru lahir.

Biasanya di mana-mana tempat, apabila berlakunya kematian maka penduduk setempat akan mula bekerjasama mempermudahkan urusan keluarga si mati.

Akan tetapi, berbeza pula ceritanya di sebuah kampung di Sabah di mana seorang ayah tidak dibenarkan untuk kebumi anak di tanah perkuburan kampung tempat tinggalnya kerana tidak mempunyai dokumen dan tidak cukup duit.

Perkara ini dikongsi oleh seorang pengguna Facebook yang menggunakan nama Abam Botak.

Menurutnya, dia mendapat perkhabaran bahawa seorang lelaki kematian anak yang baru lahir pada hari Selasa. Selaku insan yang bertanggungjawab, bapanya mencari imam untuk uruskan jenazah anaknya dan juga kubur untuk tujuan pegebumian.

Hampa buat bapa apabila tiada siapa yang ingin membantu untuk pengurusan jenazah hanya kerana mereka tidak mempunyai dokumen ditambah dengan sumber kewangan yang tidak mencukupi.

Andai ada salah bapanya terhadap orang kampung sekalipun, tidak patut jenazah anaknya itu dilayan sedemikian rupa kerana menguruskan jenazah ini hukumnya fardu kifayah. Adakah seluruh penduduk kampung berdosa kerana tindakan mereka itu? Wallahu a’lam.

Rezeki sang bapa apabila akhirnya urusannya dipermudahkan dan jenazah bayinya dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Sim-Sim, Sandakan.

Hantaran Asal Abam Botak

BERKAITAN:   Kisah Comel Pelajar Sekolah Rendah Jual Belalang di Sekolah Untuk Duit Poket Ekstra
Share on facebook
Share on twitter

PENAFIAN:
Mulakan.com tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.