Apa yang korang akan rasa jika kamera tertutup dekat rumah korang tetiba ada orang bercakap dan memberikan arahan?
Di Amerika Syarikat (AS), penggodam telah menggodam kamera keselamatan di dalam rumah dan mengarahkan seorang kanak-kanak berusia 8 tahun menurut arahannya.
Penggodam tersebut menyatakan beliau adalah Santa Claus.
Laporan oleh CNN menyatakan kamera Ring itu telah digodam.
Penggodam tersebut telah megakses ke kamera Ring milik sebuah keluarga dan bercakap dengan anak perempuan mereka yang berusia 8 tahun.
Kejadian itu berlaku di Mississippi. Penggodam telah menggunakan fungsi pembesar suara pada kamera itu untuk berinteraksi dengan kanak-kanak tersebut.
Pengadu telah melaporkan kepada pihak berkuasa menyatakan penggodam telah mengasari anak mereka dengan kata-kata.
Each time I've watched this video it's given me chills.
A Desoto County mother shared this Ring video with me. Four days after the camera was installed in her daughters' room she says someone hacked the camera & began talking to her 8-year-old daughter.
More at 6 on #WMC5 pic.twitter.com/77xCekCnB0
— Jessica Holley (@Jessica_Holley) December 10, 2019
Penggodam meminta kanak-kanak tersebut untuk memusnahkan bilik dan memberikan beberapa arahan supaya diikuti.
Kes ini bukan yang pertama. Sudah beberapa kes kamera Ring ini digodam dan diakses dengan cara yang sama yang mana akaun pemilik diceroboh masuk.
Namun kes itu sudah dilapor dengan meluas oleh media arus perdana.
Pihak Ring Camera sudah memberikan respon yang membuatkan ramai sakit hati. Menurut mereka, kes ini biasanya terjadi apabila pengguna memasukkan kata laluan lemah.