Pesakit Coronavirus Dibungkus Ketika Dipindahkan Oleh Pekerja Kesihatan

Haji Yusuf

Haji Yusuf

Panggil saya Haji. Saya bercita-cita menjadi Pencetus Ummah. Semoga tercapai cita-cita saya ini.
Share on facebook
Share on twitter

Seperti yang kita sedia maklum, coronavirus telah mula menjangkiti manusia dan setakat ini sebanyak 25 kematian telah direkodkan di Wuhan, China.

Bagi yang belum kenal apa itu coronavirus, baca artikel Mulakan ini.

Dalam satu video yang dirakam di China, dua pekerja kesihatan dilihat membungkus pesakit positif coronavirus ketika memindahkannya dari rumah ke hospital bagi mengelakkan jangkitan kepada para pekerja.

Mengikut kenyataan rasmi negara tersebut, seramai 20 pekerja kesihatan disahkan positif coronavirus akibat daripada kerja-kerja merawat dan menjaga pesakit ini.

Li Bin, timbalan pengarah Suruhanjaya Kesihatan Kebangsaan China berkata,virus ini mempunyai kebarangkalian yang tinggi untuk bermutasi sekaligus menyebarkan lagi penyakit ini.

Dia juga turut percaya bahawa haiwan adalah punca utama jangkitan virus ini dan pasar yang menjual makanan eksotik di Wuhan, Pasar Huanan, yang diyakini menjadi tempat asalnya virus maut ini, telah ditutup.

Saintis sebelum ini berkata virus ini mungkin berpunca daripada kelawar yang menjadi pilihan makanan eksotik rakyat negara tembok besar itu.

BERKAITAN:   WHO Mengaku Silap Menilai Koronavirus
Share on facebook
Share on twitter

PENAFIAN:
Mulakan.com tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.