Pesawat Ryanair Lakukan Pendaratan Kecemasan Selepas Kabin Dipenuhi Asap

Haji Yusuf

Haji Yusuf

Panggil saya Haji. Saya bercita-cita menjadi Pencetus Ummah. Semoga tercapai cita-cita saya ini.
Share on facebook
Share on twitter

Sebuah pesawat penerbangan milik syarikat Ryanar terpaksa melakukan pendaratan kecemasan selepas ruang kabin dipenuhi asap, lapor LB.

Pesawat tersebut sedang dalam perjalanan ke Lapangan Terbang Stansted, London dari Bucharest, Romania, dan tiba-tiba asap tebal mula memenuhi ruangan kabin beberapa ketika selepas berlepas.

Menurut laporan, terdapat 169 penumpang dan empat anak kapal berada dalam pesawat ketika kejadian berlaku dan kapten kapal terpaksa melakukan pendaratan kecemasan di Lapangan Terbang Otopeni, Romania, sebelum para penumpang dan anak kapal dikeluarkan.

Sebelum kejadian berlaku, penerbangan tersebut sepatutnya berlepas pada pukul 6.40 pagi tetapi terpaksa ditunda kerana sedikit kerosakan ditemukan pada pesawat, lalu digantikan dengan kapal terbang yang lain.

Kapal terbang gantian tersebut hanya mula berlepas dari Bucharest pada jam 10.57 pagi waktu tempatan tetapi beberapa minit selepas berlepas, kapten memberikan isyarat kecemasan lalu patah balik ke landasan.

Mengikut saksi, asap mula memenuhi ruangan kabin selepas pesawat menecah ketinggian 5000 kaki, menyebabkan mereka yang berada di dalam menjadi panik.

Siapa tak panik kalau asap tebal macam tu kan? Kalau bas tak apa lah, boleh terjun.

Selepas pendaratan, maka para penumpang pakat kongsi pengalaman mereka di laman sosial.

Seorang penumpang menulis;”Satu pengalaman yang cukup trauma, selepas berlepas je semua tempat diisi asap. Kami sampai tak nak dua barisan kat depan tu.”

Seorang lagi berkongsi;”Teruk sangat, kru kapal semua diam. Kami tak nampak pun topeng oksigen yang patut diturunkan untuk suasana macam ni. Tak ada langsung dan saya sangat panik!”

Siasatan sedang dijalankan pihak terlibat namun masih belum menemukan punca kenapa ruang kabin dipenuhi asap.

Ke ada orang hisap vape atas kapal tu?

BERKAITAN:   Iran Mengaku 'Tidak Sengaja' Tembak Jatuh Pesawat Penumpang Ukraine
Share on facebook
Share on twitter

PENAFIAN:
Mulakan.com tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.