Petani Dimakan Babi Peliharaan Selepas Rebah Akibat Sakit Jantung

Haji Yusuf

Haji Yusuf

Panggil saya Haji. Saya bercita-cita menjadi Pencetus Ummah. Semoga tercapai cita-cita saya ini.
Share on facebook
Share on twitter

Seorang petani telah dimakan oleh babi peliharaannya sendiri selepas dia terjatuh akibat sakit jantung di Osiek, barat daya Poland.

Lelaki yang berusia 71 tahun itu yang dinamakan media tempatan sebagai Encik Krysztof telah dilahap oleh 12 ekor babi jenis Hungarian Mangalica selepas dia terjatuh dipercayai ketika sedang mengangkat air dari telaga di ladangnya.

Jasad mangsa ditemui oleh jirannya yang kehairanan selepas dia tidak memunculkan diri di khalayak ramai sejak tahun baru.

Dengan hanya beberapa keping tulang dan tengkorak yang tinggal, kesimpulan dibuat adalah mayat mangsa dilahap oleh haiwan peliharaannya.

Jurucakap pihak berkuasa tempatan, Magdalea Sefain memberitahu media tempatan,”Mayat seorang lelaki ditemui oleh seorang jiran yang menghubungi jabatan kecemasan.

“Kali terakhir lelaki tersebut dilihat adalah pada 31 Disember ketika dia mahu keluar mendapatkan air dari perigi, tempat mayat ditemui.

“Nampaknya babinya telah makan dia. ”

Memandangkan tiada jasad ditemui untuk bedah siasat, pihak penyiasat mengatakan bahawa kemungkinan besar petani tersebut diserang sakit jantung.

Manakala seorang lagi jiran pula berkata kemungkinan besar Encik Krysztof tertidur di telaga, memandangkan dia mempunyai masalah alkohol yang agak teruk.

Babi keturunan Hungarian Mangalica mempunyai fizikal yang besar dan ia adalah merupakan kacukan antara babi hutan dan babi biasa.

Berita: The Sun UK

BERKAITAN:   Pemindahan Jantung Babi ke Manusia Tidak Lama Lagi
Share on facebook
Share on twitter

PENAFIAN:
Mulakan.com tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.