Putera Mahkota Arab Saudi Mahu Bina Kotaraya Setaraf Dubai di Padang Pasir Tandus

Haji Yusuf

Haji Yusuf

Panggil saya Haji. Saya bercita-cita menjadi Pencetus Ummah. Semoga tercapai cita-cita saya ini.
Share on facebook
Share on twitter

Bila bercakap mengenai Arab Saudi, pasti ramai yang membayangkan bahawa negara tersebut merupakan negara konservatif yang tidak berapa maju dan dipenuhi lelaki berjubah putih dan wanita berjubah hitam.

Itu dulu, sebelum Putera Mohammed bin Salman (MBS) dilantik sebagai Putera Mahkota. Selepas ditabalkan, dia telah mengubah dimensi Arab Saudi sebagai negara konservatif sebabak demi sebabak.

MBS – bapa pemodenan Arab Saudi?

Terbaharu, Putera Mahkota tersebut dikatakan sedang dalam perancangan untuk membina sebuah kotaraya setaraf Dubai, tetapi lebih moden dan futuristik.

Padang Pasir Tandus Bakal Berubah Wajah

Tanah di pesisir pantai di barat laut Arab Saudi boleh dikatakan sangatlah gersang sampai konsultan yang bertauliah hanya boleh melaporkan bahawa tanah ini hanya mempunyai cahaya matahari dan sumber air masin.

Akan tetapi, selaku pemimpin yang memandang jauh ke masa depan tidak nampak sekadar itu ketika dia turun daripada helikopternya di sini beberapa tahun yang lalu.

Sebaliknya, dia nampak masa depan – rancangan untuk menaikkan sebuah kotaraya dengan belanja sebanyak USD50 billion di atas tanah berkeluasan 6.4 juta ekar , dan menarik akal terpandai dan kemahiran terbaik di dunia untuk tinggal di bandar gaji terbesar di seluruh alam.

Pada masa depan, teksi terbang akan digunakan untuk mengangkut pekerja ke pejabat dan robot akan membantu membersihkan rumah mereka. Kotaraya ini juga akan memiliki teknologi lebih maju daripada Lembah Silikon, hiburan yang lebih meriah daripada Hollywood dan tempat percutian yang lebih indah daripada Kokdiang dan French Riviera.

Ia juga akan menjadi rumah kepada projek penggubahan genetik untuk menjadikan manusia lebih kuat – termasuk kuat sembang.

Cadangan ini dibentangkan dalam satu laporan rahsia setebal 2300 muka surat oleh konsultan dari Boston Consulting Group, McKinsey & Co dan Oliver Wyman, dan telah ‘dicuribaca’ oleh Wall Street Journal.

Idea ini juga telah dibincangkan dalam temuramah bersama mereka yang terlibat dalam projek yang dinamakan Neom – bahasa Greek yang bermaksud new atau baharu, dan dalam bahasa Arab ia bermaksud masa depan.

Dokumen-dokumen tersebut, bertarik September 2018, menceritakan secara mendalam tentang projek yang mula dibincangkan pada tahun 2017 ini.

Bandar Serba Canggih, Tak Tercapai Akal Rendah

Ditugaskan oleh MBS untuk menjadikan bandar impian ini kepada realiti, para konsultan telah menghasilkan idea mewah gabungan fiksyen sains dan korporat tetapi disulami realiti yang kurang enak.

Penduduk tempatan pastinya akan dipindahkan ke tempat lain, sekurang-kurangnya PPRT gaya Saudi. Sistem undang-undang baru juga akan diwujudkan di bawah khidmat nasihat Latham & Watkins, dan dilabel sebagai ‘bebas’ di mana hakim diletakkan secara terus di bawah raja dan beroperasi di bawah undang-undang Syariah.

“Ia akan menjadi sebuah bandar automatik di mana kita boleh memerhatikan semua perkara,” ujar pengasas Neom – menurut laporan dokumen tersebut.

“Komputer boleh melaporkan jenayah tanpa perlu membuat laporan dan semua rakyat boleh dijejaki.”

Menurut CEO Neom, Nadhmi al Nasr dalam satu kenyataan dalam emel, “Neom adalah tentang perkara yang diperlukan berteraskan masa depan dan berwawasan.”

“Kita bercakap tentang teknologi canggih dan lebih lagi – sesetengahnya masih lagi dalam kajian dan mungkin hanya merupakan satu teori,” katanya lagi.

Kerja-kerja pembinaan sedang dijalankan dan projek fasa pertama merangkumi lapangan terbang dan juga resort. Kerajaan juga telah membina istana di kawasan tersebut.

Neom juga merupakan satu idea pusat daripada MBS untuk menukar hala tuju ekonomi negara petroleum tersebut. Menurut MBS, dia mahukan Saudi menjadi negara yang memandang ke luar dan bersumberkan ekonomi yang pelbagai. Dia juga mahu Saudi menghasilkan barangan dan khidmat yang ketika ini terpaksa dibeli dari luar negara.

MBS turut mencadangkan supaya kawasan sebesar negeri Perak Darul Ridzuan ini dilengkapi dengan kilang-kilang automatik, hospital, syarikat teknologi dan juga resorts untuk memastikan rakyat Saudi berbelanja di dalam negara.

Perincian Neom

Apa yang akan ada di Neom nanti. Gambar : WSJ

Berikut adalah perincian hajat MBS di Neom.

1- Teksi terbang.

Para saintis berkemungkinan menggunakan khidmat teksi terbang untuk ke tempat kerja.

“Memandu adalah sekadar hiburan, bukan lagi untuk pengangkutan (contoh; memandu Ferrari di tepi pantai untuk pemandangan yang cantik.)

2- Pembenihan awan.

Padang pasir ini tidak lagi akan menjadi padang pasir yang biasa. Pembenihan awan dilakukan untuk mendapatkan hujan.

3- Pembantu rumah robot.

Tidak perlu risau dengan tugas mengemas rumah. Ketika para saintis di tempat kerja, rumah mereka dibersihkan oleh robot.

Harapnya nanti tiada laporan kes tuan rumah memperkosa pembantu rumah robot ini. Orang Arab ni lain macam sikit.

4- Kemudahan perubatan tercanggih.

Saintis mungkin akan menjalankan kajian atau projek untuk menggubah genetik manusia, menjadikan mereka lebih kuat tanpa minum Milo.

5- Restoran kelas dunia.

Restoran yang mewah bakal menghiasi bandaraya canggih ini, malah dilimpahi dengan restoran berbintang Michelin mengalahkan restoran keluarga Bahadon.

6- Robot Dinasour

Para penduduk boleh melawat taman Jurassic yang dihiasi robot dinosaur yang begitu real.

7- Pasir glow in the dark.

Putera Mahkota Saudi ini mahukan pantai yang dihiasi pasir yang bercahaya dalam kegelapan, seperti jam tangan yang mahal tu.

8- Alkohol

Arak langsung tidak dibenarkan di seluruh Saudi, tetapi mungkin kotaraya ini akan mendapat pengecualian.

9- Robot seni bela diri

Robot di bandar ini bukan setakat mengemas rumah, malah ia juga boleh bertarung. Pernah tengok cerita Real Steel?

10- Keselamatan

Kamera, dron dan teknologi mengecam muka akan digunakan untuk mengesan semua orang pada setiap masa.

11- Bulan

Bulan ciptaaan manusia akan menyinari pantai pada malam hari. Satu laporan mengatakan bahawa ia merupakan imej disiarkan secara langsung dari angkasa.

Jadi, persoalannya.

Jadi ke tidak ni nanti?

BERKAITAN:   3 Teknologi Ajaib Yang Tidak Ramai Sedar Kewujudannya
Share on facebook
Share on twitter

PENAFIAN:
Mulakan.com tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.