Rafizi Ramli Suruh Tun Mahathir Tetapkan Tarikh Persaraan Jika Tidak Mahu Dipaksa Melepaskan Jawatan Perdana Menteri

Haji Yusuf

Haji Yusuf

Panggil saya Haji. Saya bercita-cita menjadi Pencetus Ummah. Semoga tercapai cita-cita saya ini.
Share on facebook
Share on twitter

Sebelum pilihanraya 14 pada tahun 2018, Tun Mahathir telah dicalonkan oleh Pakatan Harapan sebagai Perdana Menteri selama tempoh dua tahun sebelum digantikan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Bulan Mei ini genaplah dua tahun yang dijanjikan, namu Tun Mahathir belum menujukkan sebarang tanda bahawa dia akan turun daripada jawatan tertinggi pentadbiran negara.

Orang kanan Anwar, Encik Rafizi Ramli, dalam satu konferens di Singapura telah mencadangkan bahawa satu tarikh persaraan buat Tun Mahathir akan diletakkan sekiranya Perdana Menteri masih belum meletakkan jawatan dan menyerahkan tampuk pentadbiran kepada Anwar menjelang tahun depan.

Mahathir dan Anwar zaman dulu-dulu sebelum gaduh-dauh manja. Gambar : SCMP

“Kalau [Mahathir] berundur dengan rela hati, pealihan kuasa akan menjadi mudah,” kata Rafizi sambil menambah perubahan di tampuk pemerintahan negara amat peru jika mahu melihat Pakatan Harapan kembali berkuasa pada pilihanraya akan datang.

Pemerintahan Pakatan Harapan pada hari ini dilihat agak cacamarba, dan sukar untuk melihat mereka mengekalkan kuasa majoriti di parlimen selepas pilihanraya nanti, selepas majoriti rakyat di Facebook dan Twitter dilihat tidak berpuas hati dengan pihak kerajaan.

Rafizi sebagai orang paling kanan Anwar Ibrahim, dengan Azmin sebagai orang kanan. Gambar : The Star

Menurut Rafizi lagi, isu peralihan kuasa boleh diselesaikan dalam Majlis Presiden Pakatan Harapan di mana kedua-dua Mahathir dan Anwar turut bersama dalam majlis tertinggi perikatan kerajaan tersebut.

Dengan tiada tarikh yang tetap untuk lantikan Anwar sebagai Perdana Menteri kelapan, topik ini menjadi topik yang hangat di kalangan pemerhati dan macai politik di tanah air.

Kalau tanya kami, kami sebulat suara mahu Menteri Pertahanan sebagai Perdana Menteri. Sokongan penuh daripada Mulakan!

Berita : SCMP

BERKAITAN:   Doktor Muda Malaysia Cipta Tudung Pakai Buang Untuk Pembedahan di UK
Share on facebook
Share on twitter

PENAFIAN:
Mulakan.com tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.