Seorang gadis remaja berusia 15 tahun sebelum mungkin mengalami rasa malu yang melampau apabila wajahnya kelihatan seperti seorang nenek berusia 60 tahun.
Akan tetapi Xiao Feng, dari Liaoning Heishan, China kini mampu senyum semula apabila dia mendapat ‘wajah baru’ selepas menjalani pembedahan pembinaan semula wajahnya.
Dia yang menghidap sindrom Hutchinson Gilford Progeria itu sebelum ini telah menulis kepada pejuang masyarakat, Guo Mingyi untuk bantuan.
Selepas berminggu perbincangan, Hospital Sunline Plastic Surgery, akhirnya bersetuju untuk memberikan diskaun 70 peratus daripada kos pembedahan, 500,000 Yuan (RM292,000), dan Guo hanya perlu membayar baki 30 peratus.
Xiao melalaui tiga pembedahan berasingan di mana para doktor membuang kedutan di wajahnya sebelum membina semula hidung dan bibirnya.
Sebeum pembedahan, pengarah hospital, Shi Lingzhi berkata,”Kami sudah menjalankan banyak pembedahan merawat kedutan, dan hampir semua langkah yang akan dia lalui adalah sama seperti yang lain.
“Akan tetapi perbezaan utama adalah kulitnya, yang sangat kendur dan kurang anjal.
“Kita akan perlu untuk mengambil sebahagian kulit daripada bahagian lain badannya untuk diletakan di muka, contohnya seperti dari bahagian luar pehanya.”
Selepas tiga minggu meninggalkan bilik bedah, Xiao berdiri di pentas bersama ibu bapanya di mana wajah barunya diperkenalkan kepada orang ramai.
Remaja tersebut mengakui agak gementar sebelum pembedahan, dikhuatiri akan mengalami kesakitan.
Bercakap kepada media tempatan, dia berkata,” Terima kasih kepada semua yang membantu saya. Terima kasih Encik Guo dan semua pekerja hospital kerana memberikan masa depan baru kepada saya.”
Selain Xiao, ibunya juga mengalami sindrom yang serupa dan pihak hospital juga telturut ah memberikan diskaun istimewa buatnya untuk mendapat wajah baru.
Impian gadis ini adalah untuk kembali ke sekolah secepat mungkin dan berharap suatu hari nanti akan menjadi seorang doktor atau jururawat. Rezekinya ternyata murah apabila Kolej Perubatan Vokasional Liaoning akan membiayai pengajiannya dan menawarkan tempat di institut tersebut.
Berita dipetik dari LB.