Saddiq, Sabu – Antara Nama Dicadangkan Netizen Untuk Tapir di Perhilitan

Haji Yusuf

Haji Yusuf

Panggil saya Haji. Saya bercita-cita menjadi Pencetus Ummah. Semoga tercapai cita-cita saya ini.
Share on facebook
Share on twitter

Sepasang tapir di bawah jagaan Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara Semenanjung Malaysia (PERHILITAN) telah selamat melahirkan seekor anak yang comel.

Perkara ini dikongsikan oleh Perhilitan di laman Facebook mereka di mana Mala (ibu) dan Boy (bapa) telah berjaya menambah zuriat mereka seberat 8.6kg.

Hantaran Perhilitan di Facebook ini mendapat lebih 550 perkongsian, 1600 komen dan disukai sebanyak lebih 5000 kali.

Menariknya, Perhilitan meminta cadangan daripada orang ramai untuk menamakan anak tapir yang comel ini.

Bila minta pertolongan netizen, pasti banyak cadangan – ada yang boleh dibawa ketengah, dan ada yang boleh diletak ke tepi.

Memandangkan tapir ini sudah mempunyai kakak yang bernama Beradek, ada yang mencadangkan agar tapir ini diberi nama Adik.

Beradik
Batik
Sabu
Saddiq
Bola – gabungan nama ibu dan bapa tapir ini
Ratu – kerana tapir semakin pupus
Bespren. Senang je nak panggil kan?

 

 

Share on facebook
Share on twitter

PENAFIAN:
Mulakan.com tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.