Samsung Lancarkan Ballie, Robot Pembantu Persis BB-8 Dalam Star Wars

Haji Yusuf

Haji Yusuf

Panggil saya Haji. Saya bercita-cita menjadi Pencetus Ummah. Semoga tercapai cita-cita saya ini.
Share on facebook
Share on twitter

Pada 6 Januari 2020, syarikat gergasi elektronik Korea, Samsung, telah melancarkan robot berbentuk bola kecil untuk membantu manusia di rumah.

Menurut Samsung, robot yang diberi nama Ballie itu dilengkapi AI (Artificial intelligent – kepandaian rekaan) akan menjadi rakan keselamatan, kesihatan, pembantu kepada golongan berusia menggunakan peralatan elektronik di rumah malah ia boleh menjadi rakan kepada kanak-kanak dan haiwan peliharaan.

Dalam satu demonstrasi di atas pentas, Ballie mengikut CEO Samsung, H.S Kim ke sana ke mari, dengan menggunakan kamera untuk melihat pergerakan tuannya.

Ballie juga turut beraksi comel dengan mengikut arahan daripada Kim, malah ia juga bergolek ke tangan Kim jika dipanggil.

Pada tanggapan awal, Ballie hanya boleh bergolek macam haiwan peliharaan tetapi sebenarnya ia boleh melakukan lebih banyak perkara lain.

Dalam satu video promosi, Samsung menunjukkan bagaimana Ballie membantu membuka langsir i rumah, buka televisyen supaya anjing tak bosan, dan juga mengarahkan pencuci vakum seperti Roomba untuk mula bekerja.

Kalau nak ikutkan, Samsung bukanlah syarikat pertama yang memperkenalkan robot sebegini, di mana syarikat seperti Sony telah melancarkan Aibo – anjing robot. Seperti Ballie, Aibo juga boleh berinteraksi dengan peralatan elektronik lain untuk membantu manusia menjaga rumah.

Satu kelebihan Aibo berbanding anjing sebenar adalah, selepas memegangnya kita tak perlu samak.

Ini baru gaya 2020, walaupun tiada kereta terbang. Nanti tahun 2050, mungkin manusia akan bergantung sepenuhnya kepada robot.

Mana tahu, kan?

Artikel : The Verge

Share on facebook
Share on twitter

PENAFIAN:
Mulakan.com tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.