Apabila kita menggunakan applikasi Aibnb, selalunya kita akan mencari bilik atau rumah yang ada ciri-ciri kemewahan dan keselasaan.
Akan tetapi, lain pula ceritanya dengan seorang penyedia rumah dalam Airbnb di mana dia membuka peluang kepada orang kaya terutamanya untuk ‘belajar’ bagaimana kehidupan seharian orang miskin.
Pengguna tersebut yang menggunakan nama Presley, telah mengiklankan rumahnya dengan tajuk “Satu malam untuk merasai kehidupan orang miskin.”
Harga sewaan rumah tersebut adalah RM60 satu malam. Murah kan? Murah bersebab.
Kalau orang lain akan letak gambar yang sangat cantik. Susunan perabot yang kemas, sudut gambar yang menarik, akan tetapi Presley bukan seperti orang kebanyakan. Presley mengamalkan konsep “be different.”
Dalam ruang iklan tersebut, Presley meletakkan gambar apartmen yang kosong, tidak mempunyai perabot.
Salah satu biliknya pula hanya mempuyai satu katil bujang dan satu kerusi. Nasib baik ada dua tilam.
Manakala dalam bilik lain, tiada katil langsung! Berikut adalah gambar yang telah dimuat naik oleh Presley.
Kalau tengok gambar iklan si Presley ni, macam tipis sangat harapan untuk dapat pelanggan tapi mana kita tahu kan?
Apa yang pastinya, Presley cukup kreatif dalam meletakkan kapsyen sebegitu. Iya lah, kalau orang sewa rumah tu dan tak puas hati, dia tak boleh nak komplen apa kan?
Jadi, kalau anda sedang mencari bilik untuk ditempah di Airbnb dan mahu diskaun sehingga RM180, sila klaim kredit anda di sini.
Jangan lambat. Nanti habis.