Selepas 5 Hari, Akhirnya Perhilitan Berjaya Pujuk Pasangan ‘Anak Beranak’

Haji Yusuf

Haji Yusuf

Panggil saya Haji. Saya bercita-cita menjadi Pencetus Ummah. Semoga tercapai cita-cita saya ini.
Share on facebook
Share on twitter

‘Sepasang anak-beranak’ yang masing-masing seberat 5 tan akhirnya berjaya dipujuk Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) selepas lima hari buat derk, di sekitar Kampung Air Piau, Air Dengung, Tanah Merah, Kelantan.

Difahamkan kedua-dua gajah jantan dan betina tersebut sering mengganggu penduduk kampung dan menyukarkan mereka untuk melakukan aktiviti harian, terutamanya mereka yang mencari rezeki dengan menoreh getah.

Operasi memujuk dan menjinakkan gajah ini diMulakan oleh Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan (PKGK) Kuala Gandah, Pahang dengan kerjasama Unit Tangkapan Gajah (UTG) Kelantan, dan diketuai Ketua Pusat PKGK, Mohamad Khairul Adha Mat Amin.

Sebagai permulaan dan memudahkan urusan berikutnya, gajah-gajah tersebut ditembak peluru pelali untuk dilemahkan sebelu ditambat di lokasi tangkapan.

“Gajah jantan yang ditangkap dianggarkan berusia lebih 10 tahun dan mempunyai gading. Gajah jantan ini agresif dan berbahaya.

“Seekor lagi gajah ditangkap adalah gajah betina berusia lebih 50 tahun. Secara mata kasar, ada kemungkinan gajah ditangkap ini membabitkan ibu dan anak,”ujar Khairul Adha.

“Gajah jantan yang ditangkap dianggarkan berusia lebih 10 tahun dan mempunyai gading. Gajah jantan ini agresif dan berbahaya.

“Seekor lagi gajah ditangkap adalah gajah betina berusia lebih 50 tahun. Secara mata kasar, ada kemungkinan gajah ditangkap ini membabitkan ibu dan anak.

“Sepanjang tempoh operasi, kami turut mendapatkan bantuan anggota balai bomba dan Penyelamat Gua Musang selain anggota Rela sepanjang operasi ini.

“Perhilitan kemudian menggunakan dua gajah denak betina, Abot dan Rambai bagi operasi memindahkan gajah liar itu kelmarin dengan bantuan UTG Kelantan, Rela dan penduduk setempat

“Usaha membawa dua gajah liar itu keluar dari hutan menuju ke jalan besar bermula pada jam 8.30 pagi dan selesai pada jam 3 petang kelmarin ,” tambahnya lagi.

Kedua-dua ekor gajah ini dibawa menaiki lori dan dilepaskan di Hutan Simpan Belum, Gerik, Perak.

Tahniah Perhilitan, Bomba dan Rela!

Berita; Harian Metro

BERKAITAN:   Serai Ganti Straw?
Share on facebook
Share on twitter

PENAFIAN:
Mulakan.com tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.