Seorang Bapa Mati Kesejukan Selepas Beri Selimut Kepada Anak

Haji Yusuf

Haji Yusuf

Panggil saya Haji. Saya bercita-cita menjadi Pencetus Ummah. Semoga tercapai cita-cita saya ini.
Share on facebook
Share on twitter

Hajat seorang bapa di Thailand yang ingin memberi keselesaan kepada anaknya tidur dalam cuaca sejuk berakhir dengan tragedi apabila dia disahkan meninggal dunia, menurut laporan asiaone.com.

Anak-anak dan keluarga terdekat di sisi jenazah. (Gambar : asiaone.com)

Prasarn Homthong, 38, telah ditemui mati oleh anaknya yang berusia lapan tahun, Panwira Noipha, pada pagi 7 Disember lalu selepas dia tidak memberikan sebarang tindak balas kepada anaknya yang ingin mengejutkannya dari tidur.

Suhu di Bueng Kan – sebuah daerah di pantai timur Thailand turun sehingga 9 darjah Celsius pada malam tersebut dan Homthong hanya mempunyai tiga helai selimut untuk keluarganya.

Lebih memburukkan keadaan lagi, rumahnya kini sedang dalam proses renovasi dan belum siap sepenuhnya sekaligus membuka ruang yang besar kepada angin sejuk menjengah ke dalam.

Mungkin awalnya mendiang fikir dia mampu untuk bertahan dalam cuaca sejuk tersebut, Homthong memberikan semua selimut kepada anaknya, Noipha, manakala dia sekadar tidur di atas tikar dengan hanya memakai baju lengan panjang dan seluar pendek.

Rumah kediaman Homthong. (Gambar : Asiaone.com)

Menurut laporan perubatan, Homthong mati kerana badannya tidak dapat bertindak balas dengan baik kepada penurunan suhu pada malam hari.

Homthong yang telah bercerai, tinggal bersama dua anak perempuannya, Noipha dan Natharin – yang berada di rumah saudara mereka pada malam kejadian berlaku.

Benarlah kata pepatah Melayu – kasih bapa ke hujung nyawa.

Di sebalik kisah tragik ini, berita tentang kematian kerana cuaca sejuk di Thailand bukanlah sesuatu yang baru.

Pada tahun 2017, seorang lelaki dari Chaiyapum meninggal dunia kerana hypothermida selepas tidur menghadap kipas yang bertiup ke arahnya tanpa mengetahui suhu akan turun pada tengah malam.

BERKAITAN:   Budak Perempuan 10 Tahun Ditemukan Mati Tergantung
Share on facebook
Share on twitter

PENAFIAN:
Mulakan.com tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.