Seorang Ditahan, Polis Buka 5 Kertas Siasatan Berita Palsu Tentang Virus Korona

Haji Yusuf

Haji Yusuf

Panggil saya Haji. Saya bercita-cita menjadi Pencetus Ummah. Semoga tercapai cita-cita saya ini.
Share on facebook
Share on twitter

Pada zaman media sosial ini banyak orang yang cuba menjadi juara berita dengan menyebarkan berita-berita tertentu. Kalau berita betul boleh diterima akal lagi, tetapi banyak berita yang dikongsi atau disebarkan adalah berita palsu dan mengarut.

Contohnya pada musim virus Korona ini, ramai orang yang terlampau ‘cerdik’ salin dan tampal berita-berita pelik berhubung insiden penyebaran virus maut ini.

Antaranya adalah;

1- Makan limau mandarin boleh terkena jangkitan virus.
2- Gadis rebah di dalam kedai dan mati akibat virus Korona
3- Kes jangkitan pertama di Hospital Seberang Jaya
4- Kes jangkitan virus ini di Melaka
5- Banduan meninggal akibat virus Korona
6- 50,000 tengah nazak, 120,000 maut dan 2.8 juta dijangkiti

Kalau diikutkan ada banyak lagi berita-berita macam ni disebar melaui WhatsApp, Facebook dan Twitter.

Bila berlaku penyebaran berita palsu yang melampau macam ini, secara tidak langsung keadaan panik boleh tercetus.

Disebabkan penyebaran berita-berita seperti ini, polis telah menahan seorang lelaki berusia 34 tahun di kediamannya di Bangi selepas memuat naik kandungan yang salah di laman Facebook.

Dah la kena tahan, telefon bimbit dam simkad pun kena rampas oleh polis. Berbaloikah kejar like sampai kena naik kereta polis?

Selain itu, polis turut membuka lima kertas siasatan terhadap empat akaun Facebook dan satu perkongsian di grup WhatsApp.

Akaun Facebook tersebut adalah; Ibu Yati, Roti Sardeen, Gabungan Anak Terengganu (Original) dan juga Mr. Kong Tuck Wah.

Kesemua akaun tersebut disiasat di bawah Seksyen 505 (b) Kanun Keseksaan kerana menyebabkan ketakutan atau kegentaran awam dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 kerana penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian, kecuali Mr Kong Tuck Wah yang disiasat mengikut Seksyen 203(A) Kanun Keseksaan kerana pendedahan maklumat dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Lagi sekali nak tanya, berbaloi ke?

BERKAITAN:   Coronavirus Sudah Sampai Malaysia!
Share on facebook
Share on twitter

PENAFIAN:
Mulakan.com tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.