Serai Ganti Straw?

Haji Yusuf

Haji Yusuf

Panggil saya Haji. Saya bercita-cita menjadi Pencetus Ummah. Semoga tercapai cita-cita saya ini.
Share on facebook
Share on twitter

Pengerusi Lembaga Kemajuan Pertanian Kemudu (KADA), Senator Husam Musa mencadangkan agar penyedut minuman atau nama yang biasa kita sebut, straw, digantikan dengan serai bermula di kafe-kafe hospital.

Kata Husam lagi, dia bersedia untuk membekalkan serai kepada mana-mana pihak yang ingin menyahut saranan tersebut.

Tambahnya lagi, dia sudah mewajibkan penggunaanya di semua kafe KADA.

“Tanaman serai mempunyai 27 jenis dan untuk penggunaan sebagai penyedut minuman, serai buluh adalah sesuai.

Serai straw. Gambar: Oh Media

“Kita akan memajukan penggunaannya kepada kafe Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) sama ada untuk digunakan oleh orang ramai atau pesakit kerana ia adalah bahan semula jadi.

“Tanamannya juga akan diperbanyakkan iaitu di sepanjang tebing tali air KADA dan dianggarkan lebih 10,000 rumpun sudah ditanam di Kampung Padang Halban,” katanya kepada Harian Metro di Ladang Merdeka Senor, Pasir Mas.

Pasti ramai yang tertanya-tanya bagaimana serai digunakan untuk menggantikan straw sedangkan serai adalah solid?

Datuk Husam ternyata sudah mengkaji terlebih dahulu sebelum mengeluarkan kenyataan. Katanya, hanya bahagian luar yang perlu digunakan untuk dijadikan penyedut minuman, manakala bahagian dalam boleh dijadikan bahan masakan seperti nasi kerabu.

Lagipun, penggunaan serai dapat membasmi pencemaran plastik dan juga mampu menyelamatkan alam sekitar.

Pihaknya juga akan membuat surat rasmi kepada pihak HUSM, Kubang Kerian untuk mengemukakan cadangan tersebut secara rasmi memandangkan bekalan straw sekarang amatlah banyak.

BERKAITAN:   Guna Gelas Berlogo Carlsberg Hidang Kopi, Kedai Kopi Cina Disaman di Kelantan
Share on facebook
Share on twitter

PENAFIAN:
Mulakan.com tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.