Pemain ragbi New Zealand, baru-baru ini telah menukar kembali cabang kariernya ke Liga Ragbi (Rugby League) dan menyertai pasukan Toronto Wolfpack di Kanada.
Pasukan ini akan bermain dalam kejohanan Liga Super Ragbi dan akan bermula pada hujung Januari ini dan melibatkan pasukan dari tiga negara – England, Perancis dan Kanada.
Selepas menyertai Toronto, Sonny yang dikenali cukup tegas pendirian agamanya telah menyatakan hasrat untuk menutup logo syarikat judi, Betfred, di jersinya.
Permintaan ini mendapat perkenan daripada penganjur dan Betfred sendiri.
“Saya rasa isu ini sudah diselesaikan dengan baik,” kata ketua eksekutif Super League, Robert Elstone.
“Saya ucapkan terima kasih kepada Betfred untuk cara mereka kendalikan kes ini. Kami sebelum ini duk agak akan ada isu macam ni tapi enam hari lepas baru timbul dan Betfred dah tengok, kaji dan bagi jawapan yang betul dan memuaskan hati semua pihak.”
“Saya pun rasa gembira, depa tunjuk cara yang matang dan pragmatik dalam kes ini.”
Pada masa yang sama, kelab Perancis, Catalans Dragons dan Toulouse, juga tidak akan mempamerkan jenama ini di jersi pasukan masing-masing dalam perlawanan di laman sendiri kerana undang-undang Perancis yang melarang penyiaran iklan judi, arak dan rokok.
Sonny sebelum ini pernah berjaya dalam permintaannya untuk menutup logo bank di jersi pasukan lamanya, Auckland Blues kerana bank tersebut mengamalkan riba.
Kini sekali lagi Sonny gembira kerana dia tidak terhalang untuk menyertai sukan kegemarannya dan pada masa yang sama tidak mengorbankan pegangan Islam yang dipeluk sejak 2009.
“Apapun cerita kehidupan atau tujuan yang kau berpegang, kau kena betul-betul tegas,”kata Sonny kepada BBC Jumaat lalu.
“Pandangan manusia berubah sepanjang hidup mereka, mereka akan jadi kuat dengan kepercayaan mereka dan itu mesti melalui pengetahuan dan pengetahuan tentang seseorang.”
Tinggi betul maqam ayat Sonny ni. Entah-entah dia masuk tarekat tak?
Berita: BBC