Tesla Bakal Hasilkan Kereta Yang Boleh Berbual Dengan Manusia

Haji Yusuf

Haji Yusuf

Panggil saya Haji. Saya bercita-cita menjadi Pencetus Ummah. Semoga tercapai cita-cita saya ini.
Share on facebook
Share on twitter

Syarikat pengeluar kereta elektrik terkenal, Tesla, bakal mengeluarkan kereta yang boleh bercakap dengan pejalan kaki. Pemilik syarikat, Elon Musk, telah memuat naik satu ciapan video di mana kereta Tesla Model 3 sedang dipandu dan mengeluarkan suara,”Wei jangan lah berdiri je, masuk lah.”

Tambah Musk lagi, “Kereta Tesla lepas ni akan mampu berborak dengan manusia kalau kau nak. Betul ni”

Sebelum ini, Tesla memang telah mengumumkan bahawa mereka akan menambah ciri baru seperti pembesar suara di keretanya, untuk mematuhi syarat baharu bahawa kereta elektrik perlu mengeluarkan bunyi buatan untuk tujuan keselamatan.

Bagi Tesla, pembesar suara ini boleh digunakan lebih daripada tujuan keselamatan.

Dalam ciapan berikutnya, Musk turut menunjukkan bahawa fungsi baru tersebut membolehkan kereta berada dalam keadaan ‘berjaga-jaga’ di mana ia akan mengeluarkan bunyi melalui sistem bunyi dalaman untuk menghalang kecurian berlaku.

Selain itu, kereta Tesla juga boleh kentut kalau dia nak.

Penambahan fungsi baru audio ini sebenarnya termasuk dalam perancangan Tesla untuk menghasilkan teksi tanpa pemandu di mana pemilik kereta boleh menjadikan kereta mereka sebagai sumber pendapatan sekiranya tidak digunakan.

Tatkala teksi tanpa pemandu ini melintasi seseorang, fungsi suara baru ini akan berkomunikasi dengan penumpang sebagai ganti kepada pemandu.

Kali terakhir kereta yang mampu bercakap dengan manusia adalah pada 1990-an di mana sebuah kereta diberi nama Knight Rider mempunyai kebolehan tersebut.

Dari segi teknologi baru, Tesla sememangnya di hadapan berbanding pesaing dan dengan kaji selidik yang tidak putus, entah-entah lepas ni Tesla keluarkan kereta versi Transformers tak?

Bagaimanapun, teknologi Tesla boleh dikatakan masih mahal, terutamanya di Malaysia di mana harga sebuah Tesla Model 3 adalah sekitar RM500,000.

Kalau beli nanti kawan yang kerja ejen hartanah akan cakap – baik beli rumah daripada beli liabiliti macam ni!

Berita: TheVerge

BERKAITAN:   Tak Jadi Guna Vellfire, Menteri dan Timbalan Menteri Kekal Guna Proton Perdana
Share on facebook
Share on twitter

PENAFIAN:
Mulakan.com tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.