Tiga Penuntut Malaysia Cedera Dalam Rompakan di Afrika Selatan

Haji Yusuf

Haji Yusuf

Panggil saya Haji. Saya bercita-cita menjadi Pencetus Ummah. Semoga tercapai cita-cita saya ini.
Share on facebook
Share on twitter

KUALA LUMPUR, 4 Jan — Tiga penuntut Malaysia di University of Newcastle cedera dalam insiden rompakan di Newcastle, Durban, Afrika Selatan pada Jumaat.
Wisma Putra menerusi kenyataan malam ini memaklumkan dalam kejadian itu, seorang mangsa telah ditembak di bahagian kaki manakala dua lagi ditikam.
“Kesemua mangsa telah dikejarkan ke hospital tempatan untuk menerima rawatan dan dilaporkan berada dalam keadaan stabil,” menurut kenyataan itu.
Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Pretoria sedang memantau keadaan terkini kesemua mangsa dan akan menghulurkan bantuan sewajarnya.
— BERNAMA

BERKAITAN:   Korea Selatan Letak Papan Tanda Bahasa Melayu Bagi Memudahkan Pelancong Nusantara
Share on facebook
Share on twitter

PENAFIAN:
Mulakan.com tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.