Video: Bagaimana China Boleh Bina Hospital Yang Besar Dalam Masa 10 Hari?

Haji Yusuf

Haji Yusuf

Panggil saya Haji. Saya bercita-cita menjadi Pencetus Ummah. Semoga tercapai cita-cita saya ini.
Share on facebook
Share on twitter

Coronavirus menjadi ketakutan terbaharu dunia semenjak dua menjak ini dan virus yang berasal dari Wuhan, China ini semakin tersebar ke merata tempat dan terbaru, lebih 20,000 jangkitan telah direkodkan dengan 425 maut.

Dek peningkatan jangkitan yang mendadak, maka ramailah mangsa yang perlu dirawat di hospital.

Oleh kerana kes yang direkodkan sangat tinggi, maka katil hospital tidak mencukupi untuk menampung keperluan ini.

Kalau di Malaysia, biasanya pesakit akan dihantar ke hospital lain yang berdekatan, tetapi tidak di China.

” Tak cukup katil? Kita buat hospital baru maaa!”

Tup tap tup tap, maka kerajaan China terus meluluskan rancangan ini dan meletakkan sasaran hospital yang mempunyai 1000 katil dibina dalam masa 10 hari di atas tanah seluas 25,000 meter persegi atau bersamaan 6 ekar atau bersamaan 7575 depa. Nak tahu berapa kangkang kera kau kiralah sendiri.

1000 katil ni banyak. Sebagai perbandingan, Hospital Shah Alam mempunyai 300 katil. Berapa lama masa diambil untuk membina hospital ini?

Makan tahun.

Tapi di China, mereka mahu membina hospital yang besar dalam tempoh 10 hari. Mampu ke? [Baca gaya Diva AA]

Bagaimana China Mampu Bina Hospital Dalam Masa 10 Hari

Sebelum kita cerita lebih panjang kemampuan China ni, kita tengok dulu video selang masa ni dulu.

Kalau ikutkan, ini bukan kali pertama China membina hospital dalam masa yang begitu pantas. Ketika wabak SARS menular di negara tersebut pada tahun 2003, mereka juga telah membina hospital yang besar dalam masa tujuh hari.

Seramai 4000 pekerja digunakan siang dan malam demi mengejar tarikh akhir pembinaan hospital di Beijing tersebut. Lebih mengkagumkan, hospital tersebut cukup lengkap dengan bilik x-ray, bilik CT scan, unit rawatan rapi dan makmal. Setiap wad pula dilengkapi dengan bilik air sendiri.

Dari segi material, kebanyakannya adalah pre-fabricate, maksudnya barang sudah tersedia dan tinggal nak pasang sahaja,

Untuk melancarkan lagi pembinaan, ramai jurutera dari pelbagai latar belakang dari seluruh negara dibawa ke Beijing untuk menyelia dan membantu pembinaan.

Manakala tenaga kerja di hospital seperti doktor dan jururawat, kebanyakannya ‘disedut’ dari hospital lain dan dihantar ke hospital baru ini.

Tak lengkap sebuah hospital tanpa peralatan atau bekalan kan? Ini bukanlah isu besar di China memandangkan mereka adalah hab pembuatan terbesar di dunia.

Peralatan perubatan diperoleh dari pengilang secara terus, atau diambil dari hospital berdekatan.

Itu cerita tahun 2003. Cerita tahun 2020 macam mana?

Konsepnya lebih kurang sama, cuma melibatkan tenaga kerja yang lebih besar. Difahamkan seramai 150 orang petugas perubatan dari Tentera Pembebasan Rakyat telah tiba di Wuhan dan mereka dijangka akan bertugas di hospital baru ini.

Timbul persoalan. Selepas tamat wabak virus korona ini, adakah hospital ini akan terus digunakan?

Jawapannya; entahlah. Kalau tengok hospital SARS di Beijing, seleaps wabak tersebut lenyap, katanya hospital tersebut ditinggalkan.

Lantak diorang lah kan duit cukai diorang.

BERKAITAN:   Kenali Coronavirus dan Simptom Penyakit Bawaannya
Share on facebook
Share on twitter

PENAFIAN:
Mulakan.com tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.