Sebuah pesawat penumpang telah dirakam disambar kilat melalui satu kamera litar tertutup, CCTV di Birmingham, England.
Dalam kejadian tersebut, pesawat itu sedang tebang melintasi West Midlands dan baru sahaja berlepas dari Lapangan Terbang Birmingham dan menuju ke Dublin, Ireland.
Ketika kejadian, titis-titis hujan dapat dilihat melalui CCTV tersebut.
Walaubagaimanapun, pesawat tersebut meneruskan penerbangan seperti biasa bagai tiada apa yang berlaku dan mendarat di Lapangan Terbang Dublin sejam kemudian.
Apakah Kesannya Apabila Pesawat Disambar Kilat
Untuk menjawab soalan ini, kau tengok dulu video ni.
Dalam bahasa yang mudah, kilat adalah arus elektrik. Untuk mengatasi bencana, kapal terbang memang direka untuk menahan arus eletrik yang tinggi ini.
Apabila kilat menghentam pesawat, arus ini akan mengalir melalui badan pesawat, dari sayap hingga ke hidung dan keluar melalui ekor.
Semua wayar dalam kapal terbang pula ‘disorokkan’ atau dijauhkan dari badan kapal, lantas arus elektrik akan melalui bahagian konduktif di bahagian luar kapal.
Apabila kejadian berlaku, mereka di dalam kapal akan mendengar bunyi ‘boom shakalakalaka boom!’ dan sedikit rasa bergoyang.
Tetapi jantung pasti akan berdegup kencang sambil bertaubat di atas dosa silam.
Ada Tak Kapal Terbang Terhempas Akibat Terkena Kilat?
Jawapannya; ada, tetapi dah lama sangat iaitu pada tahun 1967 apabila kilat menyambar tangki minyak kapal tersebut.
Akibat disambar, arus elektrik mengalir di dalam wayar dan mencetuskan percikan api lantas membakar minyak dalam tangki. Akibatnya, bahagian tersebut meletup lantas menyebabkan kapal terbang terhempas.
Sejak kejadian malang itu, para pembuat kapal terbang telah menghasilkan kapal terbang yang kalis kilat. Segala peralatan dari komputer dalam pesawat sehingga jaringan minyak diasingkan dan dilindungi daripada kilat.
Koleksi Video Kilat Menyambar Pesawat
Sebagai hadiah buat anda yang mebaca artikel ini, admin belanja satu lagu daripada kumpulan Pesawat.