Virus Korona: Pertubuhan Kesihatan Sedunia Isytihar Darurat

Haji Yusuf

Haji Yusuf

Panggil saya Haji. Saya bercita-cita menjadi Pencetus Ummah. Semoga tercapai cita-cita saya ini.
Share on facebook
Share on twitter

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah mengisytiharkan virus korona pada tahap darurat selepas virus tersebut telah mengorbankan 170 orang di China dan telah mereba ke 18 negara.

Secara keseluruhan, 7800 kes jangkitan telah direkodkan di seluruh dunia, dengan sebahagiannya berlaku di China.

100 kes telah direkodkan di negara lain termasuk Malaysia sekaligus menyebabkan sesetengah negara mengambil langkah sekatan perjalanan selain sentimen anti-China juga semakin meningkat di beberapa tempat.

Pada masa yang sama, permintaaan orang ramai terhadap topeng muka juga semakin meningkat.

Ketua Pengarah WHO, Tedros Adhanom Ghebreyesus, dalam satu sidang akhbar di Geneva memuji tindak balas China, tetapi berkata, WHO bimbang virus merebak ke negara yang tidak mempunyai sumber untuk menanganinya.

“Sebab utama pengisytiharan ini ialah bukan kerana apa yang berlaku di China tetapi kerana apa yang berlaku di negara lain.

“Kebimbangan utama kami ialah potensi virus itu untuk merebak ke negara yang mempunyai sistem kesihatan yang lemah,” katanya, lapor Berita Harian.

BERKAITAN:   Tiada keputusan Kabinet sekat penerbangan dari China setakat ini - Anthony Loke
Share on facebook
Share on twitter

PENAFIAN:
Mulakan.com tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.