Wanita Ini Ketagih Makan Bedak dan Boleh Habiskan Sebotol Sehari

Haji Yusuf

Haji Yusuf

Panggil saya Haji. Saya bercita-cita menjadi Pencetus Ummah. Semoga tercapai cita-cita saya ini.
Share on facebook
Share on twitter

Kalau di Malaysia, selalunya rakyat marhaen dikaitkan dengan memakan dedak, namun di Britain, seorang wanita mempunyai tabiat makan yang pelik di mana dia ketagih memakan bedak setiap hari.

Lisa Anderson, 44, mula makan bedak kira-kira 15 tahun dahulu selepas dia rasa sangat terliur selepas bedakkan anaknya.

Keterliurannya itu semakin meruncing dan sekarang, ibu kepada lima anak itu akan menjilat bedak setiap setengah jam setiap hari, malah kadang-kadang akan bangun di tengah malam bukan untuk tahajjud, tetapi untuk menjilat bedak.

Menurutnya, ketagihannya tersebut telah menyebabkannya berbelanja sebanyak GBP 8000 (RM40,000) membeli bedak bayi Johnson’s dengan puratanya GBP 10 (RM50) seminggu.

Lisa cakap dia boleh habiskan dua botol bedak ni dalam masa dua minggu. Power? Gambar : Daily mail

Paling lama dia boleh tahan nafsu menjilat bedak adalah selama dua hari. Kalau kau perokok, cuba bayangkan macam mana jadinya kalau tak hisap rokok dua hari.

Katanya Lisa lagi, dia menyembunyikan tabiat tersebut daripada suaminya selama 10 tahun, itu pun kantoi kerana sang suami asyik bertanya kenapa dia kerap ke bilik air.

Namun sekarang, Lisa sudah mempunyai keberanian untuk bertemu pakar bagi menghilangkan ketagihan peliknya, yang dipanggil sindrom pica – tabiat pemakanan pelik dikelaskan memlalui barangan bukan makanan seperti cat, debu dan benda kotor.

Bedak ni, kalau nak kira, adalah satu bahan yang berbahaya jika dimakan atau dimasukkan ke dalam badan. Malah ia juga boleh menyebabkan kanser.

Tetapi hebat tak hebat Cik Lisa kita ni, badan dia boleh hadap semua racun tu dan hidup tanpa penyakit.

Cerita dipetik dari : Daily Mail

 

 

BERKAITAN:   Kenali Pensyarah Wanita Dari Universiti Harvard Yang Membantu Masa Depan Bintang Bola Sepak
Share on facebook
Share on twitter

PENAFIAN:
Mulakan.com tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.