Wanita Lamar Teman Lelaki Dengan Geran Rumah dan BMW

Haji Yusuf

Haji Yusuf

Panggil saya Haji. Saya bercita-cita menjadi Pencetus Ummah. Semoga tercapai cita-cita saya ini.
Share on facebook
Share on twitter

Seorang wanita dunia menjadi ‘cakap-cakap ‘ orang ramai apabila melamar teman lelakinya dengan geran rumah dan kunci BMW.

Lamaran romantik itu dilakukan ketika sambutan ulang tahun pertama hubungan pasangan itu pada 11 Disember lalu di sebuah pameran kebudayaan di Henan.

Untuk menjayakan kisah romantik mereka ini, wanita tersebut, Xiaojing yang beuris 24 tahun, telah meyakinkan teman lelakinya, Xiaoke, untuk berkunjung ke pameran kebudayaan tersebut untuk mengambil sesuatu untuknya.

Walaubagaimanapun, Xiaoke menerima kejutan paling manis dalam hidupnya apabila melihat teman wanitanya sedang berada di dalam dewan tersebut sambil memakai gaun perkahwinan, sambil dikelilingi belon.

Lebih mengejutkan Xiaoke, jambangan bunga daripada Xiaojing turut diselitkan geran rumah dan kunci kereta BMW.

wanita lamar lelaki
Xiaojing bersiap semelum ketibaan teman lelaki. Gambar : Next Shark

“Saya sediakan semua ini. Ada kereta dan geran rumah dalam ni,” kata wanita tersebut ketika menyerahkan jambangan bunga kepada teman lelakinya.

“Tak kisah la awak ada atau tidak semua ini, saya masih ingin bersama awak. Sudikah awak berkahwin dengan saya?”

Ketika ditanya kenapa dia sanggup untuk melakukan semua itu, Xiaojing berkata teman lelakinya banyak berkorban buat dirinya.

“Dia selalu jaga saya dan berkorban untuk saya. Saya nak sangat balas budi dia.

“Apa yang saya nak – lebih daripada harta – adalah cinta.

“Saya tak rasa yang lelaki perlu menjadi ketua keluarga dan perlu menyediakan semuanya.

“Lebih dari itu, saya mahu dia menjadi seorang yang setia dan penyayang selepas berkahwin nanti,” tambahnya lagi.

Semoga Xiaojing dan Xiame kekal bahagia ke akhir hayat.

Berita ditulis sambil mengangis ini dipetik dari Sinar Harian dan Next Shark

Detik Indah Ketika Xiaojing Lamar Xiame

BERKAITAN:   Pentingkan Keluarga, Pekerja Terima Hadiah Rumah RM1.17juta Daripada Bos
Share on facebook
Share on twitter

PENAFIAN:
Mulakan.com tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.