Wanita Muslim Ini Mencuba Burger Babi Tetapi Tanpa Babi – Kemajuan Terkini Teknologi Makanan

Haji Yusuf

Haji Yusuf

Panggil saya Haji. Saya bercita-cita menjadi Pencetus Ummah. Semoga tercapai cita-cita saya ini.
Share on facebook
Share on twitter

Daging babi, atau apa sahaja yang berasaskan babi adalah haram bagi orang Islam memandangkan babi merupakan salah satu daripada najis mughallazah, atau najis berat, selain anjing. Sebarang sentuhan dengan kedua-dua haiwan atau unsur haiwan ini orang Islam disarankan untuk samak bagi menyucikan diri.

Pun begitu, bagi mereka yang mempunyai ramai kawan bukan Islam, pasti sering mendengar bahawa daging babi sangat sedap dimakan, tambahan pula babi hutan yang kata mereka sedap dibuat rendang.

Kadangkala ‘doktrin’ ini melekat di kepala sesetengah orang Islam dan timbul rasa ingin mencuba bagaimana rasanya daging haiwan ini.

Sebuah syarikat, Impossible Food baru-baru ini telah memperkenalkan daging yang dihasilkan berasaskan sayur-sayuran dan mempunyai rasa seperti daging babi yang diberi nama Impossible Pork.

Sebelum ini syarikat tersebut telah memasarkan beberapa lagi ‘daging’ berasaskan sayur-sayuran seperti daging ayam dan lembu. Sasaran utama mereka untuk produk segmen ini adalah kepada para pemakan sayur, atau dalam bahasa mudahnya vegan.

Sewaktu CES2020 tersebut, seorang wartawan dari cnet.com, Abrar Al-Heeti, seorang wanita Muslim diberi peluang untuk merasa Impossible Pork.

Berikut adalah catatannya di laman cnet.com

Rasa Bersalah

“Aku rasa bersalah ni,” kataku ketika aku mengangkat sandwich tersebut dan lalu aku halakan ke mulut. Tangan aku menggigil dan rasa ragu mula terdetik dalam diri. Tapi aku lawan juga dan akhirnya aku gigit sandwich tersebut.

Susah nak rasa ‘daging’ tu pada mula-mula. Rasa campuran daripada lobak, timun dan daun ketumbar dalam roti.

Aku cabut secebis dan kunyah untuk dapatkan rasa yang cun. Daging tersebut kenyal dan mempuyai rasa ayam, dan juga ada rasa gurih dan hangit-hangit sikit.

“Jadi, macam ni lah eh rasa babi,” aku fikir. Selepas itu aku letak sandwich tersebut, dan berhenti makan. “Cukuplah hari ni. Aku dah takleh blah.”

Sebagai seorang Muslim dari kecil, aku tak pernah makan babi. Berbillion manusia di sekeliling aku mengelak daripada makan daging ni sebab tuntutan agama dan juga diet, memandangkan ia dilarang untuk dimakan dalam agama Islam, Judaism, Hindu dan sebahagian Kristian.

Tetapi apa yang aku makan ini adalah ciptaan terbaru Impossible Food, syarikat dari California – pengeluar ‘daging’ dihasilkan dari makmal seperti Impossible Burger.

Berkenaan Impossible Pork

Menurut Impossible Food, ‘daging babi’ ciptaan mereka ini bebas daripada gluten dan disediakan untuk persijilan halal, dan juga boleh digunakan untuk menggantikan daging babi yang betul dalam penyediaan makanan.

daging babi dari sayur
Impossible Pork. Gambar : CNet

Ia juga tidak mempunyai kandungan sebarang hormon haiwan atau antibiotik dan menurut syarikat tersebut lagi, mereka menawarkan rasa yang sama sebiji seperti daging yang asli.

Jadi macam mana? Ada yang nak cuba tak?

BERKAITAN:   Hampir 30,000 Babi Mati Diserang Taun
Share on facebook
Share on twitter

PENAFIAN:
Mulakan.com tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.