WhatsApp Tidak Akan Berfungsi di Beberapa Model Telefon Pintar Selepas Ini

Haji Yusuf

Haji Yusuf

Panggil saya Haji. Saya bercita-cita menjadi Pencetus Ummah. Semoga tercapai cita-cita saya ini.
Share on facebook
Share on twitter

Applikasi mesej paling terkenal di dunia, WhatsApp, telah mengumumkan bahawa ia tidak akan berfungsi lagi di beberapa model telefon pintar seawal 31 Disember 2019 ini.

Sebelum ini syarikat pembekal servis milik Facebook itu telah beberapa kali menghantar amaran kepada pengguna bahawa  kemaskini terbaharu tidak akan berfungsi di beberapa model telefon yang menggunakan sistem operasi lama.

Sebelum ini WhatsApp sudah pun berhenti berfungsi di semua model Nokia yang menggunakan sistem Symbian S60, S40 dan Blackberry pada penghujung tahun 2017 dan 2018.

Senarai Telefon Yang Tidak Dapat Menggunakan Servis WhatsApp Selepas Ini

Untuk kemaskini terbaharu, berikut adalah tarikh akhir keberfungsian WhatsApp :

i) Semua telefon yang menggunakan sistem operasi Windows – 31 Disember 2019

ii) Telefon menggunakan Android 2.3.7 ke bawah – 1 Februari 2020

iii) iPhone iOS dan ke bawah – 1 Februari 2020

Whatsapp in windows phone
Windows Phone – projek gagal daripada Nokia. Gambar : Zdnet

Dalam satu hantaran di blog mereka, WhatsApp mengatakan akan lebih fokus untuk program masa depan mereka.

“Memandangkan kami dalam program tujuh tahun ke depan, kami mahu memberikan fokus daya usaha kami kepada platform yang ramai orang guna.

“Walaupun kesemua model telefon ini pernah menjadi sebahagian besar sejarah kami, kami tidak mampu untuk memberikan sokongan berterusan untuk ciri terbaru dalam applikasi kami di masa depan.

“Keputusan ini amatlah sukar untuk kami lakukan, tetapi merupakan keputusan yang tepat dalam usaha kami untuk memberikan servis terbaik bagi mereka yang ingin berhubung dengan rakan, keluarga dan yang tersayang dengan menggunakan WhatsApp.

“Jika telefon anda ada dalam senarai yang disebut, kami cadangkan anda kemaskini kepada sistem terbaharu Android, iPhone atau Windows.”

Jika anda rasa terbeban untuk menukar telefon, jangan risau. Gunakan applikasi Telegram yang lebih power untuk berhubung dengan rakan, keluarga dan yang tersayang.

Berita dipetik dari express.co.uk

Share on facebook
Share on twitter

PENAFIAN:
Mulakan.com tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.