Pertubuhan Kesihatan Sedunia, WHO, telah mengakui kesilapan mereka dalam mengeluarkan kenyataan berhubung penilaian tentang risiko koronavirus yang sedang melanda China dan beberapa negara lain di seluruh dunia, termasuk Malaysia.
Sebelum ini, WHO telah meletakkan risiko global berkenaan virus maut ini pada tahap sederhana dalam terbitan pada hari Khamis hingga Jumaat lalu.
Tetapi pada hari Ahad, WHO telah menilai semula dan meletakkan risiko global pada tahap tinggi, tahap tinggi di peringkat serantau dan sangat tinggi di China.
Fadela Chaib, jurucakap WHO, berkata, hal tersebut berlaku kerana terdapat kesilapan dalam berkata-kata.
Bercakap mengenai kesilapan tersebut, Antoine Flahault, pengarah Kolej Kesihatan Awam Switzerland berkata;”Silap. Kesilapan yang sangat besar..tapi saya rasa itu adalah kesilapan yang sudah dibetulkan.”
Berita: Sciencealert