Zahid Tajuddin – Pelawak Yang ‘Tidak Dikenali’ Ramai

Haji Yusuf

Haji Yusuf

Panggil saya Haji. Saya bercita-cita menjadi Pencetus Ummah. Semoga tercapai cita-cita saya ini.
Share on facebook
Share on twitter

Industri hiburan di Malaysia tidaklah sebesar Hollywood dan setiap tahun pasti akan muncul artis baru menghiasi kaca televisyen menghiburkan rakyat Malaysia.

Apabila timbulnya artis baru, sesetengah artis lama tidak lagi mendapat tempat di hati peminat lantas artis tersebut sukar untuk mendapat ‘job’.

Ini berlaku kepada Zahid Tajuddin, artis komedi yang pernah menganggotai kumpulan lawak Cecupak pada tahun 1990-an. Kumpulan ini asalnya diharapkan dapat menghiburkan rakyat Malaysia setaraf Senario namun segalanya tidak menjadi di mana sitkom mereka tidak mendapat sambutan seperti yang diharapkan.

Disebabkan itu, Zahid atau lebih dikenali sebagai Ropie, dilihat tenggelam timbul dalam industri sampai satu tahap, dia seakan dilupakan.

Karya yang dibintanginya juga tidak banyak. Ropie hanya berlakon dalam empat filem dari tahun 2001 sehingga 2008 – Sara, Embun, Tak Ori Tapi Ok dan Senario The Movie: Episode 1.

Dari segi drama dan telefilem pula, Ropie hanya berlakon dalam Neon (2003), Cinta Si 3 Teruna(2008), Bulan Tiada Madu (2013), Train Turun Town(2008), Mencari Datin(2014) dan Sketso(2015).

Walaubagaimanapun rezeki Ropie mula terbuka sedikit demi sedikit selepas dia membintangi sitkom Jenaka Kampung Kalut(JKK) bersama-sama Jep Sepahtu, Ebby Yus, Issey Issey Titan dan Sari Yanti bermula pada tahun 2016.

Memegang watak Pak Kodi, telatah Ropie cukup bersahaja dan membuatkan penonton tak gering gusi.

Tengoklah dia tibai roti canai tu ke dinding.

Apapun, penampilannya dalam filem Hantu Kak Limah 3 sebagai Nayan betul-betul mengubah hala tuju karya seninya.

Dalam filem tersebut, Nayan merupakan seorang pembantu perubatan dan bertugas di klinik desa Kampung Pisang. Gelagat lucunya telah mencuri tumpuan orang ramai sehingga watak yang lebih terkenal seperti Husin(Awie) tenggelam.

Sejak itu, Ropie sering mendapat tawaran untuk tampil di kaca televisyen dan menurutnya, selepas filem HKL dia menerima tawaran dan panggilan paling banyak sepanjang karier seninya selama 21 tahun.

Baru-baru ini, Ropie menerusi Pak Kodi menjadi tular selepas aksinya menyanyikan lagu Lahanat Pengantin Baru ketika majlis perkahwinan sahabat baiknya, Pak Din(Ebby Yus).

Apapun, kami mengucapkan terima kasih kepada Ropie kerana menghiburkan kami. Semoga bertambah rezeki Ropie dalam arena seni tanah air.

 

Share on facebook
Share on twitter

PENAFIAN:
Mulakan.com tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.